PBK (Pengajaran berbantukan komputer) merupakan suatu kaedah pengajaran yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku menerusi interaksi di antara
pelajar dan juga komputer. Komputer juga bukan mengajar pelajar tetapi merupakan satu
medium yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan satu susunan isi pengajaran
beserta dengan strategi pengajaran yang telah dirancang rapi dalam satu aturcara komputer
( Khalid Abdullah, 1986:2)
PBK secara tidak formal merupakan satu alternatif kepada pendedahan literasi
komputer di peringkat sekolah. Antaranya penerapan PBK di dalam matapelajaran yang
lain selain daripada mata pelajaran komputer seperti mata pelajaran Bahasa Melayu yang
mana pelajar boleh mengaplikasikannya di dalam latih tubi ataupun latihan tatabahasa.
Dengan cara ini, guru tidak terlalu terikat dengan peraturan dari segi kurikulum, peralatan
dan guru sendiri boleh menggunakan kekreatifan masing-masing untuk menjalankan sesi
Kehadiran penggunaan komputer di dalam sistem pendidikan di setiap peringkat
mendorong pelajar untuk untuk meneruskan aktiviti pembelajaran dengan lebih berkesan.
Walau bagaimanapun, ramai guru-guru tidak kira diperingkat rendah ataupun peringkat
menengah masih lagi kurang mahir dan berpengetahuan dalam merancang dan
melaksanakan sesuatu projek PBK di setiap sekolah dengan jayanya.
Sumber : dipetik dari http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?key=cT1ZUpjjUvlSSTpmNOHDM6RiF1UFI99D20090702170129300
Pengajaran berbantukan komputer bukanlah
satu perkara baharu dalam sistem pendidikan di negara kita. Saya masih ingat
lagi ketika saya berumur 9 tahun (kini berusia 27 tahun) saya telah mula
diperkenalkan sebuah komputer oleh guru saya.
Berdasarkan
pengalaman dan pemerhatian saya tentang perkara ini, antara sebab utama permasalahan
ini berlaku ialah kurangnya kesedaran tentang kelebihan penggunaan komputer.
Kecetekan ilmu tentang penggunaan komputer secara maksima dalam kehidupan
seharian inilah yang menyebabkan projek Pengajaran Berbantukan Komputer ini
masih belum lagi dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sehinggakan masih ada lagi
yang beranggapan komputer pada hari ini hanya revolusi mesin taip semata-mata
yang hanya digunakan untuk menaip.
Penggunaan
komputer pada masa kini lebih luas daripada apa yang kita jangkakan. Pelbagai aplikasi,software, hardware dan sebagainya yang boleh kita manfaatkan untuk membantu
kita merancang pengajaran dengan lebih baik berbanding penggunaan papan tulis
dan pen tulis.
Saya
tidak nafikan pengajaran tradisional itu masih lagi berkesan kerana didikan
saya dahulu adalah melalui kaedah “chalk
and talk” . Tetapi jika kita lihat fenomena anak-anak kecil kita pada masa
kini waima mereka masih lagi keanak-anakan tetapi pengaruh kepada perubahan
persekitaran terutamanya era teknologi canggih. Ini menyebabkan mereka amat
tertarik untuk belajar menggunakan suatu bahan berinteraktif yang mengandungi unsur-unsur
hiburan.
Oleh
sebab itu, dalam masa yang sama pihak kerajaan Malaysia telah mengambil
pelbagai inisiatif untuk memenuhi keperluan anak-anak ini salah satunya ialah dengan
menyediakan makmal komputer yang lengkap
dengan perisian pembelajaran secara “didik hibur”. Dalam hal ini, tanggungjawab
para guru di sekolah untuk melaksanakannya dengan sewajarnya. Janganlah kita
memberikan pelbagai alasan untuk menutup kesalahan dan kelemahan kita… tetapi
berusahalah untuk membantu anak murid kita dengan memberikan ilmu seikhlas hati kerana merekalah yang bakal mengganti kita pada hari esok. Pastinya kita
inginkan pemimpin, cendekiawan, hakim, guru, dan juga masyarakat yang bijak
pada hari esok untuk memimpin dan membimbing anak kita pada masa akan datang. Ingatlah..
“ You get the best out of others when you give the best of yourself”…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan