Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana diri ini masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup ini.
BMM3053 iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer merupakan satu kursus wajib kepada semua pelatih Institut Pendidikan Guru yang mengambil opsyen major Bahasa Melayu dalam semester 3.
Objektif kursus ini diajarkan kepada pelatih adalah untuk melatih pelatih untuk :
- Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian, model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
- Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
- Memilih objek pembelajaran yang mudah.
- Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
- Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Pembelajaran kursus ini bersama pensyarah Encik Mohamad Firdaus Bin Salam iaitu seorang pensyarah cemerlang di IPG ini sangat menyeronokkan. Curahan ilmu dan perkongsian maklumat daripada kawan-kawan menambahkan lagi ilmu yang sangat cetek terhadap diri ini... terima kasih cikgu dan kawan-kawan. Semoga kita berjaya mengakhiri kursus ini dengan jayanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan