REFLEKSI (12 OGOS 2014)
Pembelajaran
pada hari ini ialah cara mengedit gambar menggunakan perisian “PIZAP” iaitu satu perisian online.
Pembelajaran menggunakan perisian
pizap ini diketuai oleh saudari Shaidathul Aqma Bt Samsul yang mana beliau
sering menggunakan perisian ini untuk mengedit gambar dan beliau telah
berkongsi pengalaman tersebut kepada kami.
Pembelajaran pada kali ini sangat menyeronokkan kerana
perisian tersebut sangat mudah digunakan dan wujud pembelajaran koperatif
antara kami yang mana rakan-rakan yang lain turut membantu satu sama lain. Akan
tetapi pada pendapat saya, perisian tersebut ada kelemahannya yang mana ia cuma
dapat digunakan semasa online sahaja,
apabila offline ataupun kita berada
di luar talian internet kita tidak dapat
mengaplikasikannya.
Sebenarnya, terdapat banyak lagi perisian untuk mengedit
gambar yang ada di internet terpulang
dari kita sahaja untuk berusaha mencarinya. Secara peribadi, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari Shaidathul Aqma kerana berkongsi
pengalaman dan pengetahuan kepada kami.
“From ZERO to HERO”
REFLEKSI MINGGU 5
Pembelajaran pada minggu ini ialah membina
satu tapak pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah menggunakan perisian
Powerpoint . Pensyarah mengarahkan kami untuk membina satu sesi pengajaran
Bahasa Melayu yang berfokus kepada tiga kemahiran bahasa yang utama sama ada
kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca, atau kemahiran
menulis.
Pembinaan tapak pembelajaran ini merupakan salah satu
tugasan projek yang akan dinilai. Pengisian dalam tapak pembelajaran tersebut perlulah mempunyai video, illustrasi dan audio yang menarik dan juga bertepatan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Tapak
pembelajaran yang dibina itu adalah satu
bentuk pelaksanaan sebuah pengajaran yang bermula dari Induksi hinggalah ke
penutup.
Bagi pendapat saya, salah satu
cabaran untuk melaksanakan tugasan ini ialah bagaimana untuk menghasilkan
sebuah tapak yang lengkap dan padat tetapi tidak ‘semak’ di pandangan mata. Hal
ini kerana, sekiranya tapak pembelajaran tersebut ‘semak’ ia akan mengganggu
pandangan dan pemahaman pembaca atau pengguna lain terutamanya anak murid.
Walau bagaimanapun, pembelajaran
dalam pembinaan tapak pembelajaran ini ada kebaikannya yang mana pengalaman dan
pengetahuan kita terhadap pembinaan tapak pembelajaran semakin bertambah dan
pengalaman inilah yang akan membantu kita pada masa akan datang.
REFLEKSI MINGGU 4
Minggu
ini tema pembelajaran telah berubah yang mana kami tidak perlu membuat pencarian
maklumat. Pensyarah mengajar kami tentang bagaimana untuk menghasilkan video bergambar
yang menarik. Pembelajaran kali ini menggunakan perisian Wondershare iaitu salah satu perisian untuk tujuan membina video
peribadi.
Setelah projek video bergambar yang
pertama kami telah kuasai, seterusnya pensyarah membekalkan kepada kami sebuah
video nyanyian klasik yang bertajuk “perigi biru” yang dipetik dari cerita
Bawang Merah dan Bawang Putih. Apa yang
perlu kami lakukan ialah, kami perlu menulis lirik lagu tersebut mengikut
temponya sama seperti lagu-lagu karaoke supaya bila mendengar lagu tersebut
kita boleh menyanyi bersama.
Saya sangat teruja dan gembira
dengan pembelajaran ini kerana ianya satu pengalaman baharu bagi saya dan pada
pembelajaran ini jugalah pertama kalinya saya dapat hasilkan video yang telah lama saya inginkan. Terima kasih
cikgu dan rakan-rakan kerana membantu saya.
REFLEKSI MINGGU 3
Pembelajaran
pada minggu ini masih menggunakan enjin pencarian untuk mencari bahan dan
maklumat di internet. Pensyarah
mengarahkan kami untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan Etika Penggunaan
Internet dan juga Akta Hak Cipta.
Setelah menemui bahan yang sesuai,
kami diminta untuk mengenalpasti isi penting yang berkaitan dengan tajuk.
Setelah itu, maklumat penting tersebut diinterpretasikan sama ada di dalam powerpoint ataupun brosur.
Saya telah memilih untuk menggunakan
powerpoint untuk tajuk Akta Hakcipta
dan bina brosur untuk tajuk Etika Penggunaan Internet. Manfaat yang saya
perolehi dalam pembelajaran pada kali ini ialah, saya mengetahui maklumat
tentang etika-etika ataupun garis panduan menggunakan internet. Sebenarnya kita
tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan internet ikut selera kita. Dalam
penggunaan internet ini juga ada adab dan peraturannya tersendiri yang perlu
kita patuhi supaya kita tidak melanggar peruntukan undang-undang yang
diwujudkan berkaitan dengannya.
Manfaat kedua pula, saya mendapat
ilmu tentang Akta Hakcipta yang mana saya telah memilih tajuk Mari Berkenalan dengan Hak Cipta di Malaysia. Hak Cipta di Malaysia dilindungi oleh sebuah akta iaitu Akta Hak Cipta 1987 yang mana tujuan akta ini dicipta ialah untuk melindungi industri kreatif tanah air. Karya-karya dan juga hasil kerja seperti karya muzik, seni, sastera, filem, dan juga perisian komputer adalah dilindungi. Penguatkuasaan undang-undang hak cipta di Malaysia dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pembinaan brosur amat menitik
beratkan soal kekemasan dan juga kejelasan. Apabila sesuatu maklumat yang kita
sampaikan melalui brosur itu terlalu padat dan juga panjang lebar sudah pasti
orang tidak tertarik untuk membacanya. Begitu juga dengan pembinaan powerpoint. Penggunaan bahasa yang
terlalu bombastik juga akan menyebabkan pembaca sukar untuk memahaminya. Selain
itu, pemilihan warna, saiz huruf , bentuk huruf, illustrasi yang menarik juga
adalah perkara penting yang perlu diambil kira.
REFLEKSI MINGGU 2
Pembelajaran
dalam minggu ini menghendaki kami untuk mencari dan memuat turun Dokumen Standard Bahasa Malaysia Sekolah Rendah sama
ada tahun 1, tahun 2, tahun 3, atau tahun 4. Berdasarkan dokumen standard
tersebut kami diminta untuk menyalin semua objektif pengajaran dalam
ketiga-tiga kemahiran bahasa yang utama iaitu kemahiran lisan, kemahran
membaca, dan kemahiran menulis.
Arahan seterusnya ialah, kami
diminta untuk mencari dua bahan pengajaran yang sesuai untuk setiap objektif
tersebut.. Tugasan ini boleh dibuat sama ada menggunakan word ataupun powerpoint. Saya memilih untuk membuat tugasan ini
menggunakan powerpoint kerana ia
mudah untuk digunakan.
Setelah bahan bersesuaian berjaya
diperolehi, kami diminta untuk memberi hujah mengapa bahan itu dikatakan sesuai
serta berikan contoh untuk menyokong hujah tersebut.
Tugasan pada kali ini sangat
mencabar kerana memerlukan kefahaman yang tinggi terhadap kehendak objektif
pengajaran. Selain itu, kekreatifan juga
amat dititik beratkan untuk memilih bahan yang betul-betul sesuai untuk
mencapai objektif pengajaran.
Kelemahan yang saya kenal pasti
dalam tugasan ini ialah wujud kekeliruan dalam diri saya untuk memahami
kehendak objektif pengajaran yang
dicadangkan di dalam dokumen standard tersebut. Hal ini kerana, kemampuan saya
untuk mengimaginasikan objektif tersebut dalam bentuk sebuah pengajaran adalah
masih terlalu lemah. Keduanya,
penyediaan bahan yang bersesuaian kadang-kala tidak hanya terbatas kepada penggunaan bahan
interaktif, tetapi bahan maujud itu juga penting mengikut kesesuaian dan
keperluan murid.
Cadangan saya untuk masa hadapan,
tugasan ini perlu dijalankan secara berkumpulan supaya wujudnya persekitaran
pembelajaran yang koperatif dalam kalangan kami. J
Pembelajaran
pada minggu ini menghendaki kami untuk mencari maklumat bahan-bahan pengajaran
yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam internet melalui enjin pencarian.
Dalam tugasan ini, pensyarah mengarahkan kami untuk membuat dua folder iaitu
Alamat Internet dan Katalog Internet.
Pertama: Alamat Internet.
Dalam folder
ini, kami dikehendaki untuk mencari maklumat untuk 4 bahagian iaitu:
i.
Imej
ii.
Teks
iii.
Audio
iv.
Video
Dalam setiap
bahagian tersebut, kami diminta mencari dan menyalin URL, imej dan isi-isi yang
berkaitan sebanyak 15 halaman internet
yang mengandungi bahan-bahan yang bersesuaian.
Kedua: Katalog
Internet
Dalam folder
ini pula, sama seperti folder Alamat Internet tadi, Cuma penambahan sedikit
iaitu kami perlu membuat sedikit ulasan tentang bahan tersebut di ruangan sinopsis.
Contohnya seperti di bawah :
Tajuk
|
Jenis-jenis ayat.
|
URL
|
|
Sinopsis
|
Ayat-ayat dalam bahasa
Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya,
ayat perintah dan ayat seruan. Laman ini menyatakan jenis-jenis ayat beserta
contoh yang sangat mudah dan ringkas.
|
Objektif utama pembelajaran ini ialah mendedahkan kepada pelajar tentang bagaimana untuk mencari bahan-bahan yang ada di dalam saluran media Internet.
Secara peribadi, kelebihan pembelajaran
seperti ini kepada saya ialah segala maklumat dan bahan yang disimpan ini dapat
dijadikan koleksi yang boleh diguna pada masa akan datang apabila kita
memerlukannya.
Walau bagaimanapun, terdapat juga
kelemahan yang dikenal pasti yang mana bahan dalam pengajaran bahasa melayu
terutamanya audio dan video masih terlalu sedikit. Kebanyakan bahan bahasa melayu
yang kita jumpa adalah dalam bahasa melayu Indonesia. Saya bukan berniat untuk
mengatakan bahan dalam bahasa melayu Indonesia itu tidak bagus… sememangnya ia
sangat bagus.. tetapi penggunaan bahasa melayu Malaysia dan Indonesia memang
banyak perbezaannya. Dari sudut media pengajaran kepada anak-anak adalah kurang sesuai kerana bimbang anak murid kita keliru dengan bahan tersebut terutamanya bahan bacaan dan ejaan.
Pengajaran
yang saya perolehi dalam pembelajaran ini ialah tidak rugi jika kita berkongsi
maklumat kepada orang lain kerana sesungguhnya ilmu yang disampaikan kepada
orang lain itu merupakan satu amalan yang tidak akan terputus walaupun kita telah
berada di alam lain. Inshaa Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan