Pesan Ayah dan Ibu aku satu ketika dahulu…
“Biar kita tidak kaya harta,
Jangan kita miskin budi….
Biar
kita tidak ada rupa,
Jangan
kita tidak ada ilmu…
Biar kita tidak dikenali,
Asal jangan kita lupa diri…
Biar
tangan ini tidak mampu untuk memberi,
Jangan
lidah ini lupa berdoa pada Illahi..
Jangan kita pandang pada
hartanya orang lain,
Pandanglah pada orang yang
tidak upaya…
Jangan
kita ingin dihormati,
Selagi
kita tidak menghormati orang lain….
Jangan kita bangga dengan
kejayaan hari ini,
Selagi kita belum menjayakan
orang tua dan keluarga kita…
Jangan
kita putus asa,
Selagi
kita belum berjuang sehabis cara…”
Alhamdulillah ya Allah..
Terima kasih mak, sebab
mengasuh aku..
Terima kasih bapa, sebab
mendidik dan membesarkan aku..
Terima kasih adik beradik dan
seluruh keluargaku kerana sentiasa mengingatkan aku..
Terima kasih guru-guru kerana
mengajar aku..
Terima kasih rakan-rakan kerana
selalu menyokong aku..
Terima kasih suamiku kerana
menerima kekurangan aku..
Terima kasih anak-anak kerana
memahami ibumu..
Casinos Near Me in Milwaukee, Wisconsin - JTM Hub
BalasPadamCasino gaming in Milwaukee, Wisconsin has 파주 출장안마 become the most popular entertainment destination 나주 출장안마 in the 통영 출장샵 U.S. and 울산광역 출장마사지 is now open for 정읍 출장샵 business.