Rabu, 3 September 2014

Pesan Ayah dan Ibu aku satu ketika dahulu…

“Biar kita tidak kaya harta,
Jangan kita miskin budi….
Biar kita tidak ada rupa,
Jangan kita tidak ada ilmu…
Biar kita tidak dikenali,
Asal jangan kita lupa diri…
Biar tangan ini tidak mampu untuk memberi,
Jangan lidah ini lupa berdoa pada Illahi..
Jangan kita pandang pada hartanya orang lain,
Pandanglah pada orang yang tidak upaya…
Jangan kita ingin dihormati,
Selagi kita tidak menghormati orang lain….
Jangan kita bangga dengan kejayaan hari ini,
Selagi kita belum menjayakan orang tua dan keluarga kita…
Jangan kita putus asa,
Selagi kita belum berjuang sehabis cara…”

Alhamdulillah ya Allah..
Terima kasih mak, sebab mengasuh aku..
Terima kasih bapa, sebab mendidik dan membesarkan aku..
Terima kasih adik beradik dan seluruh keluargaku kerana sentiasa mengingatkan aku..
Terima kasih guru-guru kerana mengajar aku..
Terima kasih rakan-rakan kerana selalu menyokong aku..
Terima kasih suamiku kerana menerima kekurangan aku..
Terima kasih anak-anak kerana memahami ibumu..

Nukilan ikhlas dari hati, tanpa diskriminasi atau prejudis. J



Sabtu, 9 Ogos 2014

PBK (Pengajaran berbantukan komputer)  merupakan suatu kaedah pengajaran yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku menerusi interaksi di antara
pelajar dan juga komputer. Komputer juga bukan mengajar pelajar tetapi merupakan satu
medium yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan satu susunan isi pengajaran
beserta dengan strategi pengajaran yang telah dirancang rapi dalam satu aturcara komputer
( Khalid Abdullah, 1986:2)
PBK secara tidak formal merupakan satu alternatif kepada pendedahan literasi
komputer di peringkat sekolah. Antaranya penerapan PBK di dalam matapelajaran yang
lain selain daripada mata pelajaran komputer seperti mata pelajaran Bahasa Melayu yang
mana pelajar boleh mengaplikasikannya di dalam latih tubi ataupun latihan tatabahasa.
Dengan cara ini, guru tidak terlalu terikat dengan peraturan dari segi kurikulum, peralatan
dan guru sendiri boleh menggunakan kekreatifan masing-masing untuk menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran dengan pelajar.

Khamis, 24 Julai 2014


Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana diri ini masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup ini.

BMM3053 iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer merupakan satu kursus wajib kepada semua pelatih Institut Pendidikan Guru yang mengambil opsyen major Bahasa Melayu dalam semester 3.