MINGGU 5

TUGASAN UNTUK MEMBINA TAPAK PEMBELAJARAN
Dalam minggu ini pensyarah telah mengarahkan kami untuk membina satu tapak pembelajaran Bahasa Melayu untuk murid sekolah rendah. Darsa warsa ini, pembelajaran meggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan satu teknik pembelajaran yang terbukti keberkesanannya dalam banyak kajian-kajian yang telah pun dilaksanakan. 
Sebagai seorang guru, kita sewajarnya mengikut arus peredaran zaman yang mana tahap intelek kanak-kanak pada ketika ini sangat mudah tertarik dan terpengaruh dengan bahan-bahan elaktronik. Oleh yang demikian, bagi memenuhi kehendak peredaran zaman, kursus ini diperkenalkan kepada semua guru pelatih di peringkat IPG sebagai salah satu langkah mempersiapsiagakan bakal guru dengan ilmu dan pengetahuan berkaitan dengan pengajaran berbantukan komputer. 
Dalam kursus ini, salah satu tugasan yang diminta ialah penyediaan satu tapak pembelajaran secara interaktif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Penyediaan tapak pembelajaran ini menitik beratkan soal kreativiti dan kebijaksanaan pengkarya untuk mencipta satu bahan pembelajaran yang menarik dan memenuhi kehendak sukatan pelajaran dan standard kurikulum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan