KEMAHIRAN MEMBACA (TAHUN 2)
Objektif 1: Membaca dan memahami perkataan, frasa dan
ayat majmuk yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong,
vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul
|
Bahan 1
·
Url
/ bahan :
·
Tajuk
bahan : lirik lagu kuih oh kuih.
·
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Bahan ini merupakan lirik lagu kuih oh kuih. Di dalam
lirik ini ada menyebut perkataan yang mempunyai dua suku kata-lepat,mari,
tiga suku kata-bahulu, dan vokal berganding- kuih, buah. Ianya sesuai
dijadikan panduan kepada murid.
|
Bahan 2
·
Url/bahan
:
·
Tajuk
bahan : lirik lagu Pesanan Pak usu
·
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Bahan ini merupakan sebuah petikan yang mengandungi
perkataan-perkataan diftong-sampai,saudara,buai. Terdapat juga perkataan-
perkataan yang mengandungi dua suku kata-laju,hormat, pucuk.
|
Objektif 2 : Membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar,
berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan intonasi yang betul.
|
Bahan 1
·
Url/bahan
:
·
Tajuk
bahan : Petikan “menu saya berkhasiat”
·
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Bahan ini merupakan bahan bercetak iaitu petikan
yang mengandungi ayat tanya. Guru boleh mengajarkan kepada murid bagaimana membaca ayat tanya dengan intonasi yang betul.
|
Bahan 2
·
Url/bahan
:
·
Tajuk
bahan : Petikan
·
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Bahan ini adalah petikan panjang. Bahan ini
digunakan oleh guru untuk menguji bacaan secara mekanis oleh murid. Perkara yang
diuji semasa bacaan mekanis ialah tanda baca, jeda, sebutan, intonasi, dan
kelancaran.
|
Objektif 3 : Membaca dan memahami maklumat tersurat
daripada bahan multimedia untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan
serta menyatakan urutan dengan betul.
|
Bahan 1
·
Url
/ bahan:
·
Tajuk
bahan : makanan berkhasiat.
·
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Bahan ini merupakan sebuah gambar tentang makanan
berkhasiat. Berdasarkan gambar ini guru boleh bersoal jawab dengan murid
tentang tabiat pemakanan mereka.
|
Bahan 2
·
Url/bahan
:
·
Tajuk
bahan : gambar haiwan peliharaan.
·
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Bahan ini merupakan sebuah gambar tentang haiwan
peliharaan. Gambar ini dijadikan bahan rangsangan kepada murid untuk
menceritakan tentang haiwan peliharaan masing-masing.
|
Objektif 4 : Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik
dan bukan grafik bertujuan menyatakan maksud untuk memindahkan maklumat
dengan betul.
|
Bahan 1
·
Url/bahan
:
·
Tajuk
bahan : Kitaran hidup rama-rama.
·
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Bahan ini merupakan bahan grafik tentang kitaran
hidup seekor rama-rama. Bahan ini sesuai dijadikan panduan kepada murid tahun
2 tentang maksud bahan grafik secara asasnya selain daripada pembelajaran bahasa.
|
Bahan 2
·
Url/bahan
:
·
Tajuk
bahan : Kitaran hidup seekor katak.
·
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Bahan ini merupakan bahan grafik tentang kitaran
hidup seekor katak. Bahan ini sesuai dijadikan panduan kepada murid tahun 2
untuk membentuk satu bahan grafik yang bersesuaian dengan tajuk pembelajaran pada masa akan datang.
|
Objektif 5 : Membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif
untuk menambah ilmu pengetahuan, memperkaya kosa kata serta meningkatkan
kelancaran bacaan.
|
Bahan 1
·
Url/bahan:
·
Tajuk
bahan : pantun teka-teki
·
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Bahan ini merupakan pantun teka-teki. Penggunaan bahan
ini adalah untuk memperkenalkan kepada murid bahan-bahan kreatif dalam bahasa
melayu iaitu pantun. Selain itu, ia juga dapat menguji minda murid untuk
menjawab teka-teki.
|
Bahan 2
·
Url/bahan
:
·
Tajuk
bahan : Syair Insan Penyayang.
·
Kesesuaian
bahan dengan kemahiran : Bahan ini merupakan petikan syair. Pengajaran menggunakan
bahan ini memberi manfaat kepada murid selain daripada mendapat ilmu tentang bersyair dengan intonasi yang
betul, nilai-nilai pengajaran yang ada pada petikan juga dapat mendidik murid
untuk menjadi insan yang mulia.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan