Sabtu, 9 Ogos 2014

PBK (Pengajaran berbantukan komputer)  merupakan suatu kaedah pengajaran yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku menerusi interaksi di antara
pelajar dan juga komputer. Komputer juga bukan mengajar pelajar tetapi merupakan satu
medium yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan satu susunan isi pengajaran
beserta dengan strategi pengajaran yang telah dirancang rapi dalam satu aturcara komputer
( Khalid Abdullah, 1986:2)
PBK secara tidak formal merupakan satu alternatif kepada pendedahan literasi
komputer di peringkat sekolah. Antaranya penerapan PBK di dalam matapelajaran yang
lain selain daripada mata pelajaran komputer seperti mata pelajaran Bahasa Melayu yang
mana pelajar boleh mengaplikasikannya di dalam latih tubi ataupun latihan tatabahasa.
Dengan cara ini, guru tidak terlalu terikat dengan peraturan dari segi kurikulum, peralatan
dan guru sendiri boleh menggunakan kekreatifan masing-masing untuk menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran dengan pelajar.